CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Welcome



Blog Ini Telah Di Kunjungi

website-hit-counters.com
Visit website-hit-counters.com for a hit counter.

Thursday, May 7, 2009

UEFA CHAMPIONS LEAGUE RESULT


MAN UNITED KE FINAL UEFA


LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memuji Cristiano Ronaldo sambil bersimpati dengan rakan sejawatnya di Arsenal, Arsene Wenger selepas pasukannya memadam impian Gunners untuk ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Ronaldo menjaringkan dua gol ketika United menang 3-1 di Stadium Emirates untuk melengkapkan kemenangan 4-1 pada agregat dan meletakkan mereka di landasan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan di peringkat Eropah.

“Saya fikir mereka tidak berupaya kawal pemain saya,” kata Ferguson mengenai Ronaldo yang meledakkan jaringan menerusi sepakan percuma daripada jarak 40 meter bagi membolehkan United mendahului 2-0 selain menyumbang satu lagi gol ketika permainan memasuki satu jam


LONDON: Sir Alex Ferguson membayangkan bahawa pemain sayap Korea Selatan, Park Ji-Sung akan beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebagai hadiah atas aksi membanggakan pemain itu ketika separuh akhir kedua menentang Arsenal.

Ferguson tidak sabar untuk memberikan peluang kepada Park beraksi di kejohanan besar itu kerana beliau percaya pemain berusia 28 tahun itu tidak banyak diberikan peluang untuk mempamerkan kebolehan sebenar.

Park membuktikan keupayaannya menerusi persembahan bertenaga dan hebat di Stadium Emirates, semalam.

Dia memberikan pendahuluan buat United selepas menyudahkan hantaran Kieran Gibbs yang tersilap ketika mahu mengeluarkan bola hantaran lintang Cristiano Ronaldo.



0 comments:

Pictures Slide