CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Welcome



Blog Ini Telah Di Kunjungi

website-hit-counters.com
Visit website-hit-counters.com for a hit counter.

Saturday, May 2, 2009

EPL RESULT



Gegaran Giggs, Ji-sung


MU lebarkan penguasaan carta EPL tewaskan Boro

LONDON: Gol Ryan Giggs dan Park Ji-sung memberikan Manchester United kemenangan mudah 2-0 di Middlesbrough semalam untuk melebarkan pendahuluan mereka dalam kancah bola sepak Liga Perdana Inggeris kepada enam mata dengan baki empat perlawanan.

Juara bertahan itu tidak digugat oleh barisan Boro yang agak mengejutkan apabila memberikan hanya sedikit tentangan memandangkan mereka dalam bahaya tercicir daripada liga utama dan kini hanya kemerosotan luar biasa skuad Alex Ferguson akan menafikan mereka daripada menjulang kejuaraan kali ke-18.

"Kami semakin menghampiri beberapa perlawanan terakhir," kata Ferguson, yang skuadnya memiliki 80 mata dari 34 perlawanan berbanding 74 dari 34 perlawanan oleh Liverpool yang menanti kunjungan Newcastle United, hari ini.

"Ia langkah besar ke hadapan hari ini, hanya ada baki empat perlawanan dan harap-harap kami akan masih berada di tangga teratas liga."

Chelsea berada di belakang Liverpool melalui perbezaan gol selepas Nicolas Anelka dan Didier Drogba menemui sasaran dalam kemenangan 3-1 ke atas pencabarnya dari barat London, Fulham tetapi hanya mempunyai baki tiga perlawanan. Arsenal menduduki tangga keempat dengan 68 mata berikutan kemenangan 3-0 di Portsmouth.

United turun tanpa tonggak pertahanan yang cedera Rio Ferdinand dan merehatkan Cristiano Ronaldo, Edwin van der Sar dan Michael Carrick bagi pertemuan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, Selasa ini, di Arsenal, di mana mereka memegang kelebihan 1-0. � Agensi




0 comments:

Pictures Slide