CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Welcome



Blog Ini Telah Di Kunjungi

website-hit-counters.com
Visit website-hit-counters.com for a hit counter.

Sunday, May 10, 2009

EPL RESULT




TEVEZ BUKTIKAN KEUNGGULAN UNTUK MAN UTD TERUS KEKAL TAKHTA LIGA

MANCHESTER: Carlos Tevez membantu Manchester United kembali dalam landasan terbaik menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila barisan Sir Alex Ferguson menewaskan Manchester City di Old Trafford, semalam.

Tevez, yang masa depannya di United masih belum dipastikan, menjaringkan gol ketika kemenangan 2-0, yang membantu United kembali memiliki kelebihan tiga mata selaku pendahulu dengan baki tiga perlawanan.

Gol ke-26 Cristiano Ronaldo sepanjang kempen musim ini membantu tuan rumah mendahului sebelum Tevez, penyerang antarabangsa Argentina, melengkapkan kemenangan pasukannya pada hujung babak pertama.

Ferguson menyifatkan pertembungan dua kelab setempat itu sebagai persembahan 'buruk', tetapi yakin mereka mampu mengatasi tekanan pelawat.

“Mereka hanya ada satu peluang menerusi Robinho dan saya fikir, mereka sepatutnya menjaringkan gol. Ia bukan perlawanan hebat.

“Pertembungan dua kelab setempat biasanya tidak berlangsung sengit dan ini perlawanan yang teruk. Namun, ia kemenangan pada tahap penting musim ini,” kata Ferguson kepada Sky Sports.

Tevez menyertai United pada musim perpindahan 2007 menerusi kontrak pinjaman dua tahun yang berakhir musim panas ini.

Dia sebelum ini menyuarakan kekecewaan apabila gagal mengukuhkan cengkaman dalam kesebelasan utama United dan dilaporkan oleh akhbar Britain sebelum perlawanan bahawa dia memikirkan penghijrahan kerana: “Saya tidak dilayan seperti salah seorang ahli keluarga kelab ini.”

Tevez mencatat gol ke-14 musim ini dengan berlari ke arah tempat duduk utama penonton, yang hampir dengan kerusi pengurus United dan menyentuh telinganya ketika penyokong menjerit “Fergie, Fergie, sambungkan kontraknya”.

Keputusan itu menyaksikan finalis Liga Juara-Juara Eropah 2009 itu hanya memerlukan empat mata daripada baki tiga aksi terakhir musim ini untuk dinobatkan juara England sekali gus menyamai rekod 18 kejuaraan EPL.

Pencabar terdekat, Liverpool tidak beraksi hingga 17 Mei dengan perebutan EPL musim ini bakal berakhir apabila United bertandang ke laman kelab tangga pertengahan, Wigan, Rabu ini diikuti aksi tempat sendiri menentang Arsenal, 16 Mei ini.

Pengurus Liverpool, Rafa Benitez bakal kempunan sekali lagi musim ini


0 comments:

Pictures Slide