CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Welcome



Blog Ini Telah Di Kunjungi

website-hit-counters.com
Visit website-hit-counters.com for a hit counter.

Sunday, April 19, 2009

FINAL SCORE FA CUP

MAN UNITED TEWAS MISI 5 PIALA GAGAL



LONDON: Tindakan pengurus Manchester United, Alex Ferguson menurunkan barisan muda menentang Everton pada separuh akhir Piala FA mengundang kegagalan memburu lima trofi musim ini apabila tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti, awal pagi tadi.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan terikat 0-0 selepas masa tambahan 30 minit di Stadium Wembley.

Danny Welbeck, Frederico Macheda dan Darron Gibson ternyata gagal memberikan impak berkesan kepada jentera serangan Red Devils.

Penyerang United, Dimitar Berbatov dan kapten, Rio Ferdinand, gagal menyempurnakan dua sepakan penalti pertama yang diselamatkan penjaga gol Everton, Tim Howard, selaku bekas penjaga gawang United.

Phil Jagielka memastikan kemenangan Everton apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir yang gagal ditepis Ben Foster, untuk membawa pasukan Merseyside itu mara ke final bertemu Chelsea, 30 Mei depan.




0 comments:

Pictures Slide