CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Welcome



Blog Ini Telah Di Kunjungi

website-hit-counters.com
Visit website-hit-counters.com for a hit counter.

Sunday, March 1, 2009

Final Score Carling Cup


FINAL SCORE!!!!

MAN UNITED 4 - 1 SPURS
( FULL TIME 0-0 )
( ET 0-0 )
( PENALTY 4-1 )



Foster wira United



WEMBLEY: Manchester United berada di landasan tepat untuk memenangi lima gelaran musim ini dengan menjuarai Piala Liga buat kali ketiga selepas menewaskan Tottenham 4-1 menerusi penentuan penalti malam tadi selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

Penjaga gol United, Ben Foster menyelamatkan rembatan pertama Tottenham oleh James O’Hara sementara sepakan David Bentley meleret keluar di kanan gawang sebelum Anderson memastikan penalti kemenangan.

Kemenangan itu membolehkan United menjulang trofi kedua musim ini selepas gelaran Piala Kelab Dunia, Disember lalu. Pasukan Red Devils juga berada di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan tujuh mara dan turut bersaingan dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA.

United membuktikan ketepatan pilihan pemain yang perlu dilakukannya untuk memenangi perlawanannya musim ini dengan menurunkan pemain gantian iaitu Nemanja Vidic, Ryan Giggs dan Anderson untuk memperkukuhkan barisannya menentang Tottenham dengan aksi meyakinkan.

Foster turut menyelamatkan dua percubaan berbahaya dalam perlawanan itu menerusi Aaron Lennon dan Darren Bent bagi menghalang juara bertahan, Tottenham daripada mengekalkan kejuaraan itu.

Bagaimanapun, United juga berpeluang memenangi perlawanan sepanjang tempoh asal apabila sepakan Cristiano Ronaldo yang turut berjaya menjaringkan gol bersama Ryan Giggs and Carlos Tevez dalam penentuan itu, hanya terkena palang pada masa kecederaan.

Ronaldo turut dikawal pemain pertahanan kiri Spurs, Beniot Assou-Ekotto sepanjang permainan dan cubaan menyerangnya turut terbantut selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-67 kerana melakukan terjahan ke kawasan penalti.

“Mereka mengambil penalti dengan keadaan tenang. Kejayaan Ben Foster menyelamatkan percubaan pertama melonjakkan semangat kami,” kata Ferguson.

Pengurus Spurs, Harry Redknapp berkata: “Saya fikir kami cukup hebat. Ia persembahan menakjubkan dan semuanya ditentukan oleh penalti.

“Bagaimanapun kami tidak yakin dengan pemain yang mengambil sepakan penalti. Itulah yang berlaku tetapi secara keseluruhannya mereka gagal menewaskan kami , bukan saja sepanjang 90 minit tetapi pada masa tambahan. Saya fikir kami tidak berhak kalah. Saya fikir pasukan kami begitu hebat,” katanya. -Agens




0 comments:

Pictures Slide