SENGAT MANCHEDA SUNTIK KEMENANGAN MAN UNITED UNTUK KEKAL TERAJUI TAKHTA LIGA
Keputusan penuh
Man utd 3 – 2 ast villa
Goal by: christiano ronaldo & macheda
GLORY MAN UTD
LONDON: Manchester United bangkit untuk menewaskan Aston Villa 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford semalam dengan gol kemenangan pada masa kecederaan oleh pemain gantian berusia 17 tahun, Federico Macheda.
United mendahului liga dengan 68 mata hasil 30 perlawanan dengan satu perlawanan dalam tangan, satu mata di depan Liverpool yang sebelum itu berada di puncak, kelmarin hasil kemenangan 1-0 pada minit terakhir terhadap Fulham.
United dilihat bakal mengalami kekalahan ketiga berturut-turut sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke-80.
Dia juga memberikan United gol pendahuluan selepas 14 minit menerusi sepakan percuma yang diberikan kerana melakukan hantaran ke belakang.
Di antara dua gol itu, Aston Villa menjaringkan dua gol menerusi tandukan John Carew pada minit ke-30 dan Gabriel Agbonlahor pada minit ke-58.
0 comments:
Post a Comment