CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Welcome



Blog Ini Telah Di Kunjungi

website-hit-counters.com
Visit website-hit-counters.com for a hit counter.

Sunday, March 22, 2009

Final scorer Report


KEPUTUSAN PENGADIL YANG TIDAK ADIL

LONDON: Sir Alex Ferguson terpaksa membuka semula saingan Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United tewas buat kali kedua berturut-turut dan kali ini, mereka tunduk 2-0 di tangan Fulham, kelmarin.

Pengurus United itu berang apabila dua pemainnya Paul Scholes dan Wayne Rooney dibuang padang ketika aksi di Craven Cottage.

Tetapi selepas menyaksikan pasukannya gagal bangkit daripada kekalahan 4-1 di tangan Liverpool di tempat sendiri tujuh hari lalu, Ferguson mengakui United berdepan sembilan baki perlawanan dengan penuh rasa debar dalam usaha untuk terus mengatasi skuad bimbingan Rafael Benitez dan Chelsea.

“Anda tewas perlawanan di bulan Mac dan April. Kedua-duanya memang memberi kesan,” kata Ferguson.

“Nasib baik kami mempunyai mata yang membolehkan kami terus berada di atas tetapi ia semakin berkurangan dan berharap apabila pemain saya mewakili negara masing-masing, mereka akan kembali dengan semangat baru. Kami akan menentang Aston Villa dan perlawanan itu boleh dianggap getir.”

Skuad Ferguson akan berdepan Villa tanpa Scholes dan Rooney yang kedua-duanya digantung.

Scholes tidak boleh melarang pengadil daripada melayangkan kad merah apabila dia sengaja menggunakan tangganya untuk menghalang cubaan Bobby Zamora sekali gus membolehkan Fulham mendapat sepakan penalti yang disempurnakan Danny Murphy.

Kad merah buat Rooney lebih mengecewakan Ferguson yang menyifatkan penyerang itu tidak berkelakuan biadab apabila pengadil menyuruh mengambil semula sepakan percuma sejurus selepas Zoltan Gera meletakkan tuan rumah mendahului 2-0.

“Adakah dia membaling bola ke arah pengadil?” soal Ferguson. “Bola itu dibaling ke tempat sepakan percuma sepatutnya diambil. Adakah bola terkena pengadil? Tidak sama sekali.” - AFP

0 comments:

Pictures Slide